Ketupat Pandan

Bila saya pos tentang ketupat pandan di fb, ramai yang komen " tak pernah jumpa", tak pernah dengar, tak pernah makan, rasanya bagaimana, cara membuatnya bagaimana.....dll Tak sangka saya ramai yang tahu tentang ketupat ni...
Sejak kecil mak, tok, mak penakan buat ketupat yang berbagai-bagai.  Ketupat palas sendiri pun ada macam-macam balutan. Ketupat  tigasegi, ketupat sila dan ketupat jantung.
Pulut ketupat yang sama dibalut dengan daun pandan, kami panggil ketupat pandan. Selain itu ketupat kami juga dibalut dengan daun tebu dan daun kelapa yang putih, yang dibuat ketupat orang selatan!
Tiba-tiba saya kepingin ketupat pandan. Ada pandan dan lebar dalam petisejuk, saya pun bingkas sediakan bahan-bahan. Pulut pun tak sempat di rendam dulu, saya tambah sukatan air supaya tidak keras! Malam itu juga, disebabkan rendang dah habis saya resmikan dulu ketupat pandan dengan serunding daging!


Hmmmm... puas rasanya makan ketupat panas-panas, lemak wangi lembut membelai rasa.


.



Jom kita tengok resepi,

500 gram beras pulut ( rendam satu jam dan toskan)
250 ml santan pekat
setengah cawan air
garam
gula
daun pandan secukupnya.

Panaskan santan berserta air dan garam dan gula secukup rasa.
Bila dah berbuih ditepi-tepi kuali, masukkan beras pulut.
Kacau supaya sebati dan kerap mengacau dasar kuali supaya tidak berkerak.
Masak pulut hingga separuh masak.
Sejukkan.

Kemudian bolehlah dibungkus dengan cara balutan seperti dalam gambar











Cara membalut
1. Buat macam tapak kelonsong
2. Penuhkan pulut ke dalamnya
3. Tangkupkan supaya hujung bertemu hujung
4. Kemaskan dan ikat di tengah-tengan dengan tali .
Siap untuk direbus atau di kukus

Merebus
Saya cuma rebus dalam periuk nasi elektrik.. hihihi.. mengelatkan, tapi itulah paling efisyen!
Masukkan air melitup ketupat, tutup periuk dan tekan swis ON!!!
Kacau sesekali untuk balik-balikkan kedudukan ketupat supaya rata masaknya


Bila air telah kering, ketupat seharusnya dah masak cantik!


Selepas direbus dalam periuk nasi elektrik



Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah